St. John Muda (info drp Kursus StJAM Peringkat Kebangsaan 17-19/07/2009) sambungan..

Pengalaman dan Cadangan Membangunkan Bahagian St. John Muda
Masalah yang sering kedengaran……
- tidak ada ahli
- tak cukup masa menghabiskan sukatan pertolongan cemas
- guru kurang pasti dengan apa yang perlu didedahkan/diajar
- ahli kurang berminat
- ahli meninggalkan St. John
- tiada ahli berminat untuk menghadiri aktiviti
Organisasi
1. Perlantikan Pegawai Turus Negeri / Kawasan (St. John Muda)
2. Perlantikan Pegawai Bahagian St. John Muda dari kalangan Guru
3. Untuk cadangan 1 & 2 seboleh-bolehnya Guru Sekolah Rendah dilantik untuk menjawat jawatan 1 & 2
Jawatankuasa Kerja St. John Muda (Cadangan)
1. Pengerusi (Pegawai Turus Negeri – St. John Muda)
2. Setiausaha
3. Bendahari
4. Pegawai Turus Kawasan (Latihan – St. John Muda)
Latihan – Pertolongan Cemas / Rawatan Rumah / Kawad Kaki, dsb.
5. Pegawai Turus Kawasan (Peperiksaan – St. John Muda)
6. Ahli Jawatankuasa (Terdiri daripada Guru & Pegawai Bahagian St. John Muda)
dipertanggungjawabkan menganjurkan aktiviti-aktiviti, menghasilkan Buku Panduan / Kerja dan sebagainya untuk Ahli-ahli St. John Muda.
Tidak perlu mengharapkan pihak lain dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada St. John Muda.
Bantuan Tambahan
Bantuan dalam Latihan / Penganjuran Aktiviti boleh diperoleh daripada Bahagian Kadet dan Dewasa (Sekolah Menengah).
Bantuan dalam :
( a ) Praktikal Pertolongan Cemas
( b ) Kawad Kaki
( c ) “Facilitator” dalam Perkhemahan dsb.
( d ) Penilaian Lencana Anugerah Bintang
DENGAN SYARAT :
1. Permohonan dan kebenaran bertulis dari sekolah .
2. Pegawai Bahagian / Guru Penasihat bersama ketika aktiviti dijalankan.
3. Pengiktirafan / Penghargaan diberi kepada Ahli yang membantu.
4. Tidak boleh “Demanding”. Contoh waktu pengajaran .
5. Ibu / Bapa / Penjaga – KEWANGAN
6. Pertubuhan lain (Balai Bomba dan Penyelamat, NGO Lain. – Pengakap, Pandu Puteri, dsb.) Keperluan kemahiran lain…
Latihan & Kursus untuk Guru Penasihat
Untuk membolehkan Guru Penasihat memainkan peranan mereka dengan lebih baik , aktiviti-aktiviti berikut perlu dianjurkan oleh SJAM :-
1. Kursus Kepegawaian
2. Kursus Jurulatih Pertolongan Cemas
3. Kursus Pertolongan Cemas untuk Guru
4. Persidangan Peringkat Kebangsaan
5. Bengkel / Seminar

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget